Followers

Saturday, November 10, 2012

Permulaan cerita mengenai bisnes kami




Assalamualaikum dan selamat petang semua..

Blog ini pada asalnya adalah milik Mohd Wafiuddin Bin Ali. Namun ia telah bertukar menjadi blog kami berdua iaitu Wafie & Alia. Ermm.. macam mana ye boleh jadi begitu..??  
So disini kami nak share mengenai kisah kami.Pengenalan kami bermula di laman facebook.  Tidak sangka mukabuku merapatkan jurang antara kami dan mula timbulnya bibit2 cinta antara 2 hati tanpa kami sedari. 

Setelah hampir 9 bulan lebih kami menjalinkan hubungan istimewa ini, kami bercadang ingin lebih serius lagi kearah itu. Oleh itu, kami telah merancang untuk memulakan bisnes online secara kecil-kecilan dahulu iaitu bertujuan untuk menambah duit poket dan lebih penting lagi adalah disebabkan 3 sebab utama iaitu untuk:

1) Modal perkahwinan kami
Walaupun wafie dah mempunyai pekerjaan tetap didalam bidang IT namun kami masih memerlukan duit tambahan kerana perlu menanggung perbelanjaan study pada peringkat Degree. So dengan bisnes online yang dibuat dapat mempercepatkan proses mengumpul modal kahwin kami..hehe..

2) UMRAH - Kedua org tua kami
Daripada keuntungan bisnes yang kami jalankan kelak dapat lah kami mengumpul duit untuk menghantar kedua org tua kami membuat UMRAH kelak. Hajat ini sudah lama terbuku dihati. InsyaALLAH (iBU,AYAH,MAK,ABAH) kami akan cuba usahakan semampu boleh.Kami sayang kalian sangat2. Doa kami sentiasa untuk kalian.

3) membantu org yg memerlukan
Andai murah rezeki kelak kami akan cuba bantu semampu boleh. InsyaALLAH rezeki itu datang dari ALLAH. dan rezeki itu perlu di kongsi kepada mereka yang memerlukan. 
    

Sampai disini saja cerita pada kali ini. Siapa pun yang baca blog ini, harap doakan kejayaan kami dan doa semoga kami tidak lupa diri dengan apa yang bakal kami perolehii 1 hari nanti kelak. Amin..

Assalamualaikum.. :)